Tuesday 29 January 2013

Kemahiran Mendengar dan Bertutur



PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN : KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


MENULIS RANCANGAN MENGAJAR KEMAHIRAN LISAN : MENDENGAR DAN BERTUTUR

  • Kemahiran lisan merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang lain iaitu membaca dan menulis.
  • Maknanya, guru perlu menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan (menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih).
 PERANCANGAN AKTIVITI LISAN MELIBATKAN TIGA PERINGKAT BERIKU

q  Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P)

Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas, iaitu:

a.    Guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara   mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya
      Contoh aktiviti : guru dan beberapa orang murid menunjukkan simulasi cara melintas jalan.

b.    Guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad imbasan, bahan  stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan dalam proses P & P.
      Contoh aktiviti  : Guru menunjukkan beberapa keping gambar kesalahan melintas jalan raya.

c.   Guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu  berada dalam keadaan baik,  mencukupi, boleh digunakan dan murid  tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.


q  Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P)

Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu :

a.    Murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan
b. Guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan secara individu sekiranya perlu.


q  Peringkat susulan dan penilaian

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulan dan penilaian dianggap
paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada :

a.    Objektif pengajarannya tercapai atau tidak
b. Murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan
c. Apakah kekuatan atau kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan.

TINDAKAN SUSULAN
-       Aktiviti pemulihan (untuk murid-murid yang lemah)
-        Aktiviti pengayaan (untuk murid-murid yang berpotensi cemerlang).

OBJEKTIF, LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI

a.    Mendengar dan memahami pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar sekolah;
b.    Bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, 
      1983 :3)


      Berdasarkan KSSR, objektif standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid-murid tahun 1 mulai tahun 2011 (Bahagian Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010) adalah seperti berikut:


-       Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul;
-       Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa dengan betul;
-       Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding,diagraf dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat;
-       Mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal dengan betul dan tepat;
-       Mendengar, memahami dan memberikan respon secara lisan atau gerak laku berdasarkan arahan, pesanan, dan pertanyaan dengan betul;
-       Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan menggunakan ayat yang  mengandungi kata panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;
-       Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang di dengar menggunakan ayat tunggal dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; dan
-       Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat menggunakan perkataan yang sesuai secara bertatasusila.

LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI MENDENGAR

Ketika melaksanakan aktiviti mendengar, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan kelicinan dan keberkesanannya ( Zuariah Yusoff, Zainon Zainalabidin, Fatimah Abd. Rahman, 1992:21-22)

Perancangan boleh dijalankan berdasarkan tiga peringkat, iaitu:
-       Peringkat pramendengar (sebelum)
-       Peringkat semasa mendengar (semasa)
-       Peringkat selepas mendengar (selepas) 

Peringkat Pramendengar

1.    Guru memberi tugasan atau soalan kepada murid  terlebih dahulu sebelum mereka mula mendengar.
2.    Seterusnya, guru memberi gambaran  yang menyeluruh tentang apa yang hendak  diperdengarkan.
3.    Guru turut memberi arahan yang jelas tentang tugasan  dan memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi.
4.    Akhirnya, guru memastikan  murid dalam keadaan sedia untuk mengikut aktiviti.

Peringkat Semasa Mendengar

1.    Guru  memastikan murid dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan.
2.    Guru juga perlu mengatasi sebarang  gangguan yang mungkin timbul ketika aktiviti mendengar dijalankan.

Peringkat  Selepas Mendengar

1.    Guru  menghuraikan kembali tentang apa yang tidak difahami oleh murid dalam bahan  rakaman.
2.    Guru turut memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu.
3.    Guru juga memastikan murid menyempurnakan tugasan dan melakukan pengukuhan.
4.    Setelah itu, guru menjalankan aktiviti tindakan susulan.
5.    Pengajaran kemahiran mendengar digabungjalin dengan satu atau lebih  kemahiran bahasa yang lain. (mendengar + bertutur)
6.    Teknik bercerita, soal jawab, perbincangan, lakonan, latih tubi dan nyanyian tarik minat



LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI BERTUTUR

Aktiviti bertutur dilaksanakan dalam tiga peringkat yang berbeza ( Radiah Nordin dan Maimunah Samat, 1992 : 48-49, iaitu :

-       Peringkat persediaan ( sebelum)
-       Peringkat pelaksanaan aktiviti ( semasa)
-       Peringkat susulan dan penilaian ( selepas) 


Pada peringkat persediaan, terdapat tiga  perkara yang boleh dilakukan oleh guru, iaitu:

i.         Guru menerangkan tugasan yang akan dilakukan oleh murid atau  melakukan tunjuk cara serta memberi contoh.
ii.       Guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti (kad kiu, kertas edaran  dan lain-lain)
iii.           Guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid memahami tugasan.

Pada peringkat pelaksanaan aktiviti, terdapat dua perkara  yang dilaksanakan iaitu :

i.              Murid menjalankan tugasan seperti yang diarahkan.
ii.            Guru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau pasangan  yang menjalankan aktiviti. 

Peringkat-peringkat susulan dan penilaian

i.        Penilaian dijalankan secara berterusan (perbincangan- memberi maklum balas tentang prestasi dan pencapaian murid.)
ii.      Sebagai pengukuhan, guru memberi kerja rumah yang berkaitan dengan aktiviti bertutur yang dijalankan. 

Credit to
Liyana, Natrah, Fizah dan Dayah

No comments: