Tuesday 29 January 2013

PRINSIP PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR


  • Mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian pelajar
  • Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian
  • Melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan.
PENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

      Dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara pelajar dengan pendidik, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan bahan pembelajaran.

ASPEK YANG DINILAI :

*      Kefahaman konsep
*      Pengetahuan fakta
*      Pemikiran peringkat tinggi
*      Kecekapan mendengar
*      Penggunaan bahasa yang tepat
*      Gaya persembahan / Kelancaran bahasa 



JENIS PENILAIAN

  1. Formatif
  2. Sumatif
Penilaian formatif

      Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai
      Mengetahui kekuatan dan kelemahan  serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.


Penilaian sumatif

      Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid yang lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan/ pengredan.


MERANCANG PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN

      Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, kaedah penilaian dan   instrumen penilaian
      Penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) boleh membantu membina soalan mengikut hasil pembelajaran yang ditentukan.
      JSU - dapat merangkakan:

               - tajuk/kemahiran yang hendak diuji dan peringkatnya.
               - bilangan serta peratus soalan untuk setiap peringkat kognitif juga ditunjukkan.


PENENTUAN HASIL PEMBELAJARAN ATAUPUN ARAS-ARAS KEMAHIRAN BERGANTUNG KEPADA:

ü  Mata  pelajaran
ü  Tajuk -tajuk yang dinilai
ü  Peringkat  kebolehan murid yang dinilai
ü  Wajaran  aras kesukaran - mudah, sederhana, sukar


LANGKAH-LANGKAH MENYEDIA JSU

v  Pilih tajuk yang hendak dinilai.
v  Tentukan hasil pembelajaran.
v  Tentukan bilangan soalan mengikut aras.
v  Semak semula jenis item atau soalan yang telah ditetapkan samada menepati kehendak objektif kurikulum.

KAEDAH PENILAIAN

      • Lisan
      • Penulisan
      • Pemerhatian 


Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk:

1.    Mengesan serta-merta
-       mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta   dalam pengajaran harian
-       tidak memerlukan instrumen yang khusus

2.     Mengesan kemajuan
                  -       mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran
                  -       perlu dirancang secara individu atau kumpulan
                  -       menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis

3.     Mengesan pencapaian
-       mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program
-       perlu dirancang secara individu
-       dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan ujian lisan 

Credit to :
Liyana, Natrah, Fizah & Dayah

No comments: