Tuesday 29 January 2013

RPH BAHASA MELAYU KSSR TAHUN 1


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN   : BAHASA MELAYU
TAHUN                       : 1 AZAM
BIL.MURID                 : 30 ORANG
TARIKH                      : 14 APRIL 2011
MASA                         : 9.00 - 9.30 PAGI
TEMA                          : HIDUP SELAMAT
TAJUK                         : BERHATI-HATI DI JALAN RAYA

STANDARD KANDUNGAN :
1.2       Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

STANDARD PEMBELAJARAN :
1.2.4    Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang     
           mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.

OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :
a) menyebut dengan jelas nama kenderaan darat yang terdapat dalam video “Berhati-hati di
    jalan raya”.
b)  mengeja nama-nama kenderaan dengan betul dan tepat.

SISTEM BAHASA
Kosa kata    :   jejantas, laluan zebra
Tatabahasa :  kata nama
Kemahiran bahasa  :  kemahiran lisan dan kemahiran menulis
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu : Keselamatan jalan raya
Nilai : Menjaga keselamatan.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT)
i)       kecerdasan pelbagai
a)    interpersonal
b)    muzik
c)    kemahiran berfikir

ii)      Pembelajaran konstruktivisme
-       Murid dapat membina pengetahuan baharu iaitu prosedur melintas jalan raya dengan selamat dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada mereka mengenai cara melintas jalan raya.

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
-               Komputer
-               LCD
-               Video pembelajaran

PENGETAHUAN SEDIA ADA
-                       Murid sudah mempelajari suku kata terbuka dan tertutup.
-                       Murid pernah melintas jalan raya.


LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan

-    Nyanyian lagu  
 ‘Sayang Semua”

(Lampiran 1)

Set induksi (5minit) :
-       Murid menyanyikan lagu ‘Saya Sayang Semua’ dengan kuat dan bersemangat.
-       Murid diterangkan oleh guru tentang isi pelajaran pada hari ini.


BBM  : video lagu,  
           LCD,komputer

KBT : kecerdasan
         pelbagai (muzik)


-     Tayangan video “Berhati-hati di
jalan raya”


-     Tayangan video “Prosedur
melintas jalan
raya dengan
selamat”.

Kata kunci  
melintas jalan raya :

1.    Berhenti
2.    Lihat
3.    Dengar
4.    Fikir
5.    Berhati-hati


Langkah 1 (10 minit) :

-       Murid menonton tayangan “Berhati-hati di jalan raya”.
-       Murid berbincang dengan guru akan perkara penting yang terdapat dalam video tersebut.
-       Murid juga dikehendaki menyatakan dan menyebut  nama kenderaan darat yang terdapat  di dalam video tersebut.
-       Murid menonton video “Prosedur melintas jalan raya dengan selamat”.
-       Murid menyatakan kata kunci melintas jalan raya dengan betul secara nyanyian.


BBM : video, LCD,
          komputer.

KBT : kecerdasan
         pelbagai (muzik)
        
KBT  : interpersonal

Nilai : keselamatan

Mendengar,
menyebut dan
mengeja perkataan suku kata terbuka dan tertutup :

-     basikal
-     kereta
-     motosikal
-     bas
-     jejantas
-     lori
-     jentolak


Langkah 2  (10 minit) :

-       Murid diperkenalkan dengan suku kata terbuka dan suku tertutup.
-       Murid mengeja perkataan 
mengikut suku kata yang betul.
-       Murid menulis perkataan tersebut di dalam buku latihan.  


BBM - slaid gambar



-   Nyanyian lagu  
 ‘Sayang Semua”
(Lampiran 1)

Membuat rumusan isi pelajaran
-  Memberi pujian
dan motivasi


Penutup ( 5 minit ) :

-       Murid merumus  isi pelajaran pada hari ini.
-       Murid menyanyikan lagu ‘Saya Sayang Semua’ bersama-sama dengan penuh semangat.


BBM  : video lagu,  
           LCD,komputer

KBT : kecerdasan
         pelbagai (muzik)

KBT : Kemahiran 
          berfikir

































































LAMPIRAN 1

LIRIK LAGU SAYA SAYANG SEMUA

Saya sayang ibu,
Saya sayang ayah,
Saya sayang guru,
Saya sayang semua.

Marilah ibu pimpin tangan saya,
Marilah ayah pimpin tangan saya,
Ingin melintas (3x), jalanlah raya,
Selamat tiba (3x), lepaslah bahaya.

Ibu bapa merasa bangga,
Menimba ilmu untuk berjaya,
Pimpinlah tangan jangan dilupa,
Agar selamat kita semua.



Credit to:

Liyana, Natrah, Fizah & Dayah

No comments: