PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN : KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
MENULIS RANCANGAN MENGAJAR KEMAHIRAN LISAN : MENDENGAR DAN BERTUTUR
- Kemahiran lisan merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang lain iaitu membaca dan menulis.
- Maknanya, guru perlu menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan (menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih).
q Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan
proses P & P)
Pada
peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas,
iaitu:
a.
Guru
menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat
tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam proses
pengajarannya
Contoh aktiviti : guru dan beberapa orang murid menunjukkan simulasi cara melintas
jalan.
b.
Guru
menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad imbasan, bahan stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan dalam
proses P & P.
Contoh aktiviti : Guru menunjukkan beberapa keping
gambar kesalahan melintas jalan raya.
c. Guru perlu memastikan semua alat dan bahan
yang disediakan itu berada dalam keadaan
baik, mencukupi, boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat
atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.
q Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa
melaksanakan proses P & P)
Terdapat
sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu :
a.
Murid-murid
melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan
b. Guru
menyelia dan memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan
secara individu sekiranya perlu.
q Peringkat susulan dan penilaian
Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulan dan
penilaian dianggap
paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh
menentukan sama ada :
a.
Objektif
pengajarannya tercapai atau tidak
b. Murid-murid
boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang
ditetapkan
c. Apakah
kekuatan atau kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
berkenaan.
TINDAKAN
SUSULAN
-
Aktiviti
pemulihan (untuk murid-murid yang lemah)
-
Aktiviti pengayaan (untuk murid-murid yang
berpotensi cemerlang).
OBJEKTIF, LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI
a.
Mendengar
dan memahami pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di
dalam atau di luar sekolah;
b.
Bertutur
dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam
pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu
bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain (Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah,
1983 :3)
-
Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan
arah bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul;
-
Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa
dengan betul;
-
Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja
perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding,diagraf
dan konsonan bergabung dengan betul dan tepat;
-
Mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat
tunggal dengan betul dan tepat;
-
Mendengar, memahami dan memberikan respon secara
lisan atau gerak laku berdasarkan arahan, pesanan, dan pertanyaan dengan betul;
-
Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan
menggunakan ayat yang mengandungi kata
panggilan, kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan betul dalam situasi
tidak formal secara bertatasusila;
-
Bercerita tentang sesuatu perkara dan
menceritakan semula perkara yang di dengar menggunakan ayat tunggal dengan
tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; dan
-
Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang
sesuatu perkara dengan tepat menggunakan perkataan yang sesuai secara
bertatasusila.
LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI MENDENGAR
Ketika melaksanakan aktiviti mendengar, guru perlu merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan kelicinan dan
keberkesanannya ( Zuariah Yusoff, Zainon Zainalabidin, Fatimah Abd. Rahman,
1992:21-22)
Perancangan boleh dijalankan berdasarkan tiga peringkat,
iaitu:
-
Peringkat pramendengar (sebelum)
-
Peringkat semasa mendengar (semasa)
-
Peringkat selepas mendengar (selepas)
Peringkat Pramendengar
1.
Guru memberi tugasan atau soalan kepada
murid terlebih dahulu sebelum mereka
mula mendengar.
2.
Seterusnya, guru memberi gambaran yang menyeluruh tentang apa yang hendak diperdengarkan.
3.
Guru turut memberi arahan yang jelas tentang
tugasan dan memastikan bahan rangsangan
dalam keadaan baik serta mencukupi.
4.
Akhirnya, guru memastikan murid dalam keadaan sedia untuk mengikut aktiviti.
Peringkat Semasa
Mendengar
1.
Guru
memastikan murid dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan
rangsangan.
2.
Guru juga perlu mengatasi sebarang gangguan yang mungkin timbul ketika aktiviti
mendengar dijalankan.
Peringkat Selepas Mendengar
1.
Guru
menghuraikan kembali tentang apa yang tidak difahami oleh murid dalam
bahan rakaman.
2.
Guru turut memberi penekanan kepada aspek-aspek
penting dalam bahan itu.
3.
Guru juga memastikan murid menyempurnakan
tugasan dan melakukan pengukuhan.
4.
Setelah itu, guru menjalankan aktiviti tindakan
susulan.
5.
Pengajaran
kemahiran mendengar digabungjalin dengan satu atau lebih kemahiran bahasa yang lain. (mendengar +
bertutur)
6.
Teknik
bercerita, soal jawab, perbincangan, lakonan, latih tubi dan nyanyian tarik minat
LANGKAH-LANGKAH SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS AKTIVITI BERTUTUR
Aktiviti bertutur dilaksanakan dalam tiga peringkat yang
berbeza ( Radiah Nordin dan Maimunah Samat, 1992 : 48-49, iaitu :
-
Peringkat persediaan ( sebelum)
-
Peringkat pelaksanaan aktiviti ( semasa)
-
Peringkat susulan dan penilaian ( selepas)
Pada peringkat persediaan, terdapat tiga perkara yang boleh dilakukan oleh guru,
iaitu:
i. Guru menerangkan tugasan yang akan dilakukan
oleh murid atau melakukan tunjuk cara
serta memberi contoh.
ii. Guru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan
untuk menjalankan aktiviti (kad kiu, kertas edaran dan lain-lain)
iii.
Guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi
dan murid memahami tugasan.
Pada peringkat pelaksanaan aktiviti, terdapat dua
perkara yang dilaksanakan iaitu :
i.
Murid menjalankan tugasan seperti yang diarahkan.
ii.
Guru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan
atau pasangan yang menjalankan aktiviti.
Peringkat-peringkat susulan dan penilaian
i. Penilaian dijalankan secara berterusan
(perbincangan- memberi maklum balas tentang prestasi dan pencapaian murid.)
ii. Sebagai pengukuhan, guru memberi kerja rumah
yang berkaitan dengan aktiviti bertutur yang dijalankan.
Credit to
Liyana, Natrah, Fizah dan Dayah
No comments:
Post a Comment